Sunday, October 3, 2010

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-23….buat kekasihku

4 OKTOBER

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-23….buat kekasihku

Coretan buatmu kasih…

Harini genap usiamu 23 tahun…dan ketika usia ini, lebih 10 tahun ku mengenalimu..bagiku kau sangat baik buatku..kesetiaan, kejujuran dan kepercayaanmu menawan hatiku..terima kasih menerima seadanya..aku..ingt tak kali pertama aku menerima surat darimu dan kali pertama aku membalasnya..” sudah menjadi lumrah lelaki akan menyukai perempuan…”..inilah antara kata2 yg terkandung dlm warkahmu itu…dan “ kalau niat utk memain2kn saya..simpanlah niat itu..” dan ini antara kata2 suratku utkmu…

Alahai..betapa bersopannya kata2mu dlm setiap suratmu..tetapi aku, huh!!! Berbisa selalu..ketika membalas suratmu…

Mungkin itu suatu kesilapan atau mungkin itu juga suatu ketentuan..mengenalimu seusia 13 tahun, terlalu awal bagiku..namun, melihat keilhlasanmu..aku menyambut baik utk “berkawan” dgnmu..bak kata org seumpama CINTA MONYET..hahahaha

Tapi…CINTA MONYET inilah yg menjadikan berkekalan utk kita sehingga hari ini..syukur..Alhamdulillah..di bumi SMKAY, khazanah ilmu itu aku menemuimu…tdk pernah terlintas dihatiku utk mengenali lelaki apatah lagi “berkwn” dgn lelaki..belalajr+bercinta..ish!! sebut cinta..mybe belum lagi waktu tu..yela, muda lagi kan..tapi lau xsilap lah..dlm prtghan tahun 2000 kita mula2 berhubung..betul tak??? Erm…bermula dr saat itu, mcm2 yg kt lalui kan..krn cemburu..krn ada org ke-3..krn adanya ketdkpuasan ht..& mcm2lah..sume tu m’jd penghlg bt kita..aku pula mulalah rasa nk mengamuk, tension, geram..sumenya ada..sbnrnya aku bukanlh snsitif sgt soal2 cmni..yela, anti-Lelaki dulu…tapi..ntahlah, bila mengenalimu…aku terasa betul2 sayang..dn mgkn ketika itu..syg sbg kwn lelaki yg agk special la..hehehe

Erm…yg tersuratnya..lau di sek dulu..kira gossip la kan?..tapi yg tersiratnya..kt sll berhubung..setiap kali blk kpg, cuti sek..kt msti “begayut” kan?..sekalipun, bl kt berselisih di sek..seingt akula..susah utk ku melihatmu dan begitu juga kau dgn ego kau tu kan?..taapi sume tu dah tinggal kenangan..sekiranya mahu dicoretkan coretan antra kita sejak dulu..pasti 7 hari 7 malam pun tdk siap aku menaipnya..kan2..

Apapun..sempena hari lahirmu..seperkara yg aku mahu ceritakan padamu…kisah yg menjdikan aku tdk teragk2 utk terus menerimamu…bersahabat dgnmu dan..berkasih dgnmu..

“Ingt tak..ms tu form 5…aku minta putus pdmu dan malam prep tu aku mnta sume surat2ku..dan kau menyerahkan kembali sblm wktu prep habis..keesokan harinya, wktu prep ptg..aku tdk mampu menahan sebak dan sedihku…biasalah tempat yg plg tenang bgku..di Surau la..jadi, ptg tu aku nekad mahu ke Surau..bersendirian..utk menenangkan fikiran dan melupakan segalanya..berdoa agar aku mampu melupakanmu..jadi, di Surau tempat bhgn atas..mnjadi pilihanku..tenang sgt..sunyi ja..yela, time tu sume student kt kelas..aku ja lari lepak di surau..di situlah..aku bersendirian..memikirkan bermcm2 la..dan kdg2..airmata mengiringiku..aku terasa diuji kerana mengenalimu saat aku mahu mengejar cita-citaku….

Tatkala aku sdg asyik melayan perasaanku..ketika aku cuba metenteramkan jiwaku..hatiku tersentak dgn tiba2..terdgr sayup2 suara org membawa Al-Quran..sptnya org itu juga sdg berada dlm kesedihan…aku memberanikan diriku..menghampiri tiang yg boleh menampakkan aku ruang sembhyang lelaki…Ya Allah..aku betul2 terkejut..airmataku kembali deras mengalir..apabila….melihat yg sdg membaca Al-Quran itu..adalah engkau....” aku berkata sendiri..Ya Allah..kenapa saatku cuba mahu melupakan dia..saat aku cuba menjahuikan dia..kau temukan aku dan dia di RumahMu ini…”..dan semenjak hari itu..aku sentiasa berdoa..”Ya Allah..seandainya dia diciptakan utkmu..jgnlah kau pisahkan hatiku dan hatinya sekalipun kami berjauhan…tabahkanlah hati kami sekalipun bermacm dugaan yg perlu dilalui dan..jagalah kasih ini supaya ia suci dan tidak dinodai.. DAN..seandainya dia bukan utkku..aku redha Ya Allah..aku pasrah atas ketentuanMu..” namun…sehingga saat ini, aku sentiasa mengharapkan Kau sememangnya diciptakan utkKu…

Buatmu kekasihku..sesungguhnya aku sentiasa mengharapkan cintaku ini adalah cinta suci buatmu spt sesucinya cinta Khadijah dan kasihmu spt ikhlasnya kasih Rasullah s.a.w..sekalipun pelbagai dugaan dan cabaran dtg mengharungi..sekiranya CINTA ini didahului CintaNya..KASIH ini diutamakan KasihNYa..ku yakin sayang..DIA akan sentiasa bersama-sama kita..

Semoga cinta dan kasih yg terbina ini akan kekal..selamat diijabqabulkan dan sehingga bertemu di Syurga…

“SELAMAT HARI LAHIR..” semoga ungkapan ini mampu kuucapkan lagi kelak..seandainya aku ditakdirkan pergi dulu…ketahuilah sayang…kasihku tidak pernah berpaling utk berkasih dgmu..sayangku tidak pernah berbahagi utk menyayangimu..dan cintaku adalah seikhlas hatiku…aku sgt menyanyangi dan menyintaimu….sesungguhnya cinta dan hatiku adalah untuk orang yang benar-benar ikhlas mengenali dan menyayangiku..sekalipun ku tahu..cintaku tidak seagung cinta Nabi Muhammad kepada Siti Khadijah, atau tidak sehebat cinta Zulaikha kepada Nabi Yusof…

Tidak perlu mencari secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sehebat Siti Hajar.
Dan mengpa didambakan Muhammad jika ada
keburukan pada diri,
bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya,

bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya

dan berdoalah dia milikmu.

hawa dijadikan daripada tulang rusuk adam,
bukan daripada kepalanya untuk dijadikan atasannya,
bukan daripada kakinya untuk dijadikan alasnya,
melainkan daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindunginya,
dekat pada hati untuk dicintainya...