Friday, October 2, 2009

Buat Ibu...

Susahnya aku menyatakan..betapa hati ini mudah tersentuh bila mendengar perkataan IBU..
cik gbm amat sayu menyebutnya..coretan ini cik gbm buat buat ibu yang sangat dicintai...

Ibu...
Saat ku mula mengenali dunia pinjaman Allah ini..
Ku dengar..
Mulutmu tidak pernah henti berbicara..
untuk aku agar tidak alpa, mendidik aku agar menjadi insan berguna

Ibu...
Ku lihat di raut wajahmu..penuh dengan rahsia
Rahsia kepenatanmu
Rahsia keletihanmu
Rahsia kesakitanmu
Rahsia kedukaanmu..
Kerana..aku
Kerana kebahagiaanku
Kerana kemewahan untukku
Kerana kesenangan hatiku
Kerana kemahuanku
dan...kerana menahan tangisan kesedihanku

Ya Allah..
Besarnya pengorbanan

Ibu...
Ingin ku katakan padamu
Kaulah segalanya bagiku
Maafkanlah segala kesilapanku
Ampunkan segala kata2 yang penah menggurismu..
Entahla..aku tewas dalam menjaga hatimu..
Aku tahu..kau penah kecil hati kerana tingkah laku ku..
Ampunkan dan maafkanlah anakmu ini..

Ibu
Ingin ku katakan padamu
Inilah diriku
Hanya impian dan harapan yang kau pegang kepadaku..
Akan aku berusaha kecapinya
Hanya untukmu..
Untuk membahagiakanmu..
Untuk melihat kau tersenyum
dan untuk mendegar kau berbicara.."bertuahnya memilik anak seperti"

Ibu..
Andai aku bisa memilih ketentuan hidup ini
Pasti kau ku ingin sentiasa disisimu
Perit dan pedihnya hatiku tatkala menghulurkan tgnku
tatkala mencium pipi dan dahimu..
tatkala melambaikan tgn kpdmu
kerana utk meninggalkan mu
meneruskan perjuangan hidupku...

Salam Sayang dan Rindu yang teramat sangat...BUATMU IBU



Maafkanlah anakmu